Gol Safee Sali buat Pahang pulang tangan kosong

February 7, 2018

Pahang dikecewakan pada minit-minit akhir oleh gol jaringan bekas pemain kebangsaan Safee Sali setelah tewas kepada PKNS FC 0-1 dalam perlawanan unifi Liga Super di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Mengekalkan barisan yang hampir sama semasa seri dengan Perak, Dollah Salleh hanya menukarkan pertahanan kiri dengan menyenaraikan Zubir Azmi menggantikan Faisal Rosli.

Permainan yang seimbang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan, dengan pasukan pelawat lebih banyak mengasak tetapi penyudah yang tumpul mengecewakan hampir 2 ribu penyokong yang hadir ke stadium.

Keputusan kekal dengan kedua-dua pasukan buntu melakukan jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

 

Babak kedua bersambung dengan Pahang lebih banyak menyerang dan mempunyai percubaan terbaik melalui Muslim Ahmad yang menanduk bola sepakan percuma Kogileswaren tetapi tersasar dari pintu gol.

Seakan-akan perlawanan tamat dengan seri tanpa jaringan, Safee Sali menukar keputusan kepada 3 mata kepada pasukannya setelah menanduk gol kemenangan PKNS FC hasil dari sepakan sudut.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features