Gol Tunggal Dike benam Sarawak

February 5, 2017

Gol tunggal pemain import Pahang kelahiran US, Chinedu Bright Dike pada separuh masa pertama sudah cukup untuk membolehkan Pahang membawa pulang 3 mata penuh dari Kuching dalam perlawanan ketiga Liga Super 2017 yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching malam semalam.

Bagi perlawanan ini, Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menurunkan barisan yang sama semasa menewaskan TTeam di Kuantan bagi meneruskan momentum kemenangan dengan misi untuk terus kekal menerajui liga super bagi dua minggu berturut-turut.

Separuh masa pertama, Pahang tampak menguasai permainan dengan gerakan serangan mereka yang diketuai oleh Matheus Alves dengan Sarawak pula sekali-sekala menyerang balas yang hampir mencemaskan pertahanan dan penjaga gol pasukan pelawat.

Phg vs Sarawak

Pahang sepatutnya mendahului seawal minit ke 5 apabila Dike berjaya menjaringkan gol menewaskan Shahril tetapi dibatalkan oleh pengadil perlawanan S. Sittharanjanan kerana sebelum itu Sumareh terlebih dahulu mengasari penjaga gol tersebut.

Penyokong tuan rumah yang seramai hampir 10,000 orang terdiam seketika apabila Bright Dike menjaringkan gol pendahuluan buat Pahang apabila pemain yang pernah mewakili Nigeria itu merembat deras menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Shahril setelah menerima umpanan seorang lagi pemain import Mohamadou Sumareh pada minit ke 24.

25

Semasa separuh masa kedua, skuad Sarawak bimbingan David Usop kembali mengatur gerakan-gerakan merbahaya bagi mencari gol penyamaan namun kekentalan pertahanan Pahang yang diterajui oleh Afif dan Jaewon kental bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan ini memberikan 3 mata kedua bagi Pahang dalam Liga Super dan terus kekal menerajui liga berkongsi mata dengan Perak yang menewaskan Melaka United di Ipoh dengan 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri.

 

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features