Goulon tak sangka sepakan masuk

June 23, 2019

Oleh : Asrol Awang

PERTAHANAN import Pahang, Herold Goulon tidak menyangka sepakan percuma dari jarak kira-kira 50 meter menerjah jaring Perak pada separuh akhir pertama Piala FA, malam tadi.

Jaringan ketiga buat skuad Tok Gajah dan kedua peribadi pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu begitu bermakna buat pemain Perancis itu.

“Saya hanya fokus dan melakukan tendangan ke arah pintu gol lawan dan tidak sangka ia menghasilkan gol.

“Memang terkejut tapi tuah menyebelahi saya untuk membantu Pahang meraih kemenangan selesa sebagai bekalan bagi separuh akhir kedua,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang turut terkejut dengan jaringan itu memuji Goulon kerana menambah gol buat pasukan pada minit ke-92.

“Sebaik Goulon melakukan tendangan, saya katakan apa yang sudah dilakukannya untuk melakukan sepakan seperti itu dan terus menoleh ke belakang.

PEMAIN Pahang meraikan jaringan Goulon (dua kanan) pada separuh akhir Piala FA di Kuantan, malam tadi. — FOTO Pahang FA

“Tapi saya terkejut apabila jurulatih dan pemain simpanan sedang meraikan gol yang dilakukan Goulon yang sememangnya tidak dijangkakan.

“Apa yang boleh saya katakan gol ketiga itu begitu bermakna dan penting sebagai bekalan apabila bertandang ke Ipoh,” katanya.

Sebaik tamat perlawanan, tular video jaringan ketiga yang dilakukan pemain tinggi lampai itu dari tepi garisan tengah padang.

Goulon mencipta suasana gegak-gempita di Stadium Darul Makmur apabila meledak gol ‘ajaib’ berpunca daripada sepakan percuma jarak jauh.

Sekalipun sepakan percuma yang dilakukannya jauh di tepi padang, ia tidak menghalang bola itu melambung tinggi menuju ke arah gol yang gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Artikel asal : https://www.hmetro.com.my/arena/2019/06/468146/goulon-tak-sangka-sepakan-masuk


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(LS22)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN