Harap Nakajima cepat pulih: Dollah

August 6, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Issey Nakajima dijangka memperkasakan skuad itu pada pertemuan dengan Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain import berumur 34 tahun itu tidak beraksi berikutan kecederaan hamstring ketika Pahang terikat 1-1 bertemu Sabah pada aksi pembukaan Piala Malaysia.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, setakat ini, tahap kecederaan Nakajima menunjukkan perkembangan positif untuk pulih dan mampu kembali dalam senarai kesebelasan utama.
“Saya harap Nakajima dapat beraksi terutama memperkasakan jentera tengah apabila bertemu Selangor Sabtu ini.

“Kehadirannya dalam pasukan amat diperlukan selepas kami gagal mengutip tiga mata pada aksi pembukaan piala berprestij itu,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Nakajima yang menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

Berikutan itu, dia turut terlepas peluang beraksi pada perlawanan terakhir liga bertemu Kelantan apabila Pahang tewas 1-2 kepada pasukan dari Pantai Timur itu.

Mengulas kegagalan menewaskan Sabah apabila terikat 1-1 Sabtu lalu, Dollah akan menumpukan kepada aspek memperkasakan jentera serangan.

Katanya, ketumpulan jentera serangan begitu ketara kerana gagal untuk mencipta peluang hingga terlepas tiga mata seperti yang diidamkan.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dan menjadikan perlawanan kedua bertemu Selangor sebagai kebangkitan di bahagian serangan,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved