Hatrik Cruz buat Harimau menangis

April 21, 2018

Jaringan hatrik dari penyerang import Pahang, Patrick Cruz meleburkan rekod 52 perlawanan tanpa kalah Johor DT di tempat sendiri dan lebih memeritkan menyingkirkan pasukan bintang itu dari saingan Shopee Piala FA 2018 pada malam tadi.

Walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan beberapa pemain beberaa hari sebelum perlawanan, Dollah Salleh akhirnya menarik nafas lega kerana dapat menurunkan dua tonggak iaitu Matthew Davies dan Safuwan Baharuddin setelah disisihkan dari perlawanan menentang Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Kecemerlangan Kogileswaren pada perlawanan Ahad juga menyebabkan beliau menjadi pilihan utama untuk digandingkan dengan Patrick Cruz dengan Sumareh kembali ke posisi sayap kanan dengan Chan Vathanaka di sayap kiri.

Johor DT tidak menunggu lama sebaik sepak mula apabila melakukan ancaman melalui Cabrera tetapi penyerang itu gagal melakukan tendangan tepat walaupun hanya berhadapan dengan Helmi Eliza.

Permukaan padang yang becak akibat hujan lebat sebelum perlawanan mengakibatkan tempo kedua-dua pasukan agak terjejas dan  pemain lebih banyak bermain secara berhati-hati.

Pahang bagaimanapun berjaya mendapat gol semangat apabila Norazam Azih melakukan hantaran cantik kepada Patrick Cruz yang mudah menewaskan Farizal untuk Pahang mendahului pada minit ke 9.

Johor DT yang tersentak dengan jaringan itu cuba mencari gol penyamaan melalui gandingan Hazwan dan Cabrera tetapi keputusan tetap kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Raul Longhi melakukan pertukaran taktikal apabila memasukkan Kunanlan bagi menggantikan Nazmi Faiz sebelum sepak mula separuh masa kedua bermula setelah sedar pasukannnya memerlukan dua gol untuk layak ke separuh akhir.

Sebaliknya, Pahang mengejutkan penonton tuan rumah setelah menambah satu lagi jaringan melalui Patrick Cruz pada minit ke 59 hasil usaha keras Kogilewaren yang berjaya merampas bola dari Fadhli Shas seterusnya melakukan hantaran lintang untuk mudah ditampan Cruz walaupun dicabar Antonio ketika itu.

Cruz kemudian memadam sisa-sia perjuangan Johor DT seterusnya melengkapkan hattriknya apabila menambah gol ketiga setelah melakukan larian solo hasil hantaran awal Kogileswaren untuk melakukan rembatan cantik melepasi Farizal Marlias di gawang Johor DT.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan kemenangan ini melayakkan Pahang ke separuh akhir untuk bertemu PKNP FC yang menewaskan Felda United di Jengka dengan kelebihan jaringan di tempat lawan setelah terikat secara agregat 2-2.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…