JAKO – Pahang meterai penajaan 2 tahun

January 18, 2017

Pahang FA mengumumkan telah mengikat kontrak 2 tahun bersama jenama sukan dari Jerman, JAKO bagi menaja segala kit kelengkapan pasukan Liga Super Pahang termasuk pasukan pembangunan mereka bermula musim 2017.

Perkara ini diumumkan dalam Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Pahang 2017 yang berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan yang disempurnakan oleh YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

TM berucap“JAKO menyatakan mereka adalah jujur, bijak dan sering berdaya cipta, mempunyai hati yang penuh dengan aspirasi, berani, mempunyai kesungguhan, asli dan kreatif, memimpin dan bebas.

“Anda tahu apa yang anda mahu, selalu mencari peluang menjadi diri sendiri dan melakukan hal tersendiri dengan cara tersendiri.

“Saya suka dengan kata-kata ini kerana ianya sama dengan apa yang pasukan Pahang miliki.”

“Pahang FA bertuah untuk mempunyai penaja yang kosisten pada masa lepas dan sekarang saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama yang masih muda dan penting,” titah baginda dalam ucapannya perasmiannya dalam majlis tersebut.

Baginda ternyata teruja dengan penajaan ini dan berharap kedua-dua pihak dapat memacu kejayaan bersama sepanjang 2 musim penajaan setelah Pahang dilihat ‘sepi’ sementara pada musim 2016.

“Pada musim ini kami menyajikan pasukan yang berpengalaman yang dahagakan kejayaan.

Kami telah menguatkan pasukan kami di setiap posisi dan akan bermain seperti pasukan Iraq yang menggunakan jenama yang sama iaitu JAKO.

Penajaan ini bagi kami bukanlah hannya sekadar penajaan tetapi lebih kepada kerjasama strategik,” kata baginda lagi.

Dengan pengumuman ini, maka tamatlah penajaan selama 3 tahun PUMA bersama Pahang sejak 2014 dimana sepanjang penajaan tersebut, Pahang memenangi 3 trofi pada tahun 2014.

ramai

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features