Jamuan Hari Raya YAM Tengku Presiden PBNP

July 12, 2016

Majlis sambutan hari raya Y.A.M Tengku Abdul Rahman Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang bersama Majlis Exco PBNP dan pemain-pemain bolasepak Liga Malaysia serta media telah berlangsung dengan penuh meriah pada tengahari tadi.

 

RayaPFC

Bertempat di Shahzan Inn Hotel Kuantan, PBNP turut mengadakan sesi pengenalan bagi memperkenalkan pemain-pemain import yang baru dan senarai pemain pasukan Pahang bagi menghadapi Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

RayaPFC2Dato’ Seri Sufian Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang tampil memberikan ucapan dan menyerahkan jersi kepada pemain import baru Pahang sebagai tanda penyertaan mereka di dalam pasukan Pahang.

RayaPFC3Pemain-pemain import yang telah menandatangani dengan pasukan Pahang adalah Jailton De Campos, Pablo Andres Vranjican, Faysal Shayesteh dan Claudio Andres Meneses manakala Mohd Helmi Eliza Alias menjadi pemain tempatan yang dimasukkan sebagai pemain baru di dalam skuad Pahang.

RayaPFC4Dato’ Akbar Abu selaku timbalan presiden PBNP turut memberikan ucapan semangat kepada skuad yang bakal menempuh perlawanan pertama selepas perpindahan jendela pada selasa depan menentang Kelantan di Stadium Muhammad IV.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…