Jangan pandang mudah MU

March 10, 2017

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengingatkan bahawa pemainnya tidak boleh memandang mudah keupayaan Melaka United (MU) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Makmur malam esok.

Beliau berkata, biarpun prestasi serba tidak menjadi dipersembahkan MU dalam saingan Liga Super, ia tidak bermakna laluan mudah buat skuad Tok Gajah untuk melangkah ke suku akhir piala berkenaan.

Oleh : Asrol Awang

Sebaliknya, katanya, pemain perlu lebih berwaspada dengan kebangkitan yang mungkin dipersembahkan lawan selepas mengalami kekalahan pada perlawanan terakhir mereka.

“Bagi saya peluang melangkah ke suku akhir memang ada tetapi pemain jangan menganggap aksi pusingan ketiga ini mudah kerana semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super adalah yang terbaik.

“Biarpun MU gagal menyerlah dan menghuni tangga ke-10 Liga Super, ia tidak boleh dijadikan ukuran dan fokus utama adalah mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan esok (malam ini),” katanya.

Ditanya perubahan yang mungkin dilakukan terutama dari segi barisan kesebelasan utama, Dollah berkata, senarai pemain yang beraksi pada pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diberi tanggungjawab itu.

Justeru, bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, mereka perlu fokus sepanjang perlawanan dan rekod kemenangan 3-1 ke atas MU dalam saingan Liga Super diharap berterusan.

“Saya jangkakan aksi sengit akan diberikan lawan dan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri akan memberi lebih motivasi kepada pemain untuk membuktikannya.

“Pada masa sama, kemenangan ini untuk kembali memulihkan imej pasukan selepas tewas 2-3 kepada JDT sekali gus menaikkan kembali moral pasukan,” katanya.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…