Jangan sampai cedera – Mohammed Suffian

September 20, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Ketika semua persiapan berjalan lancar, skuad Pahang kini dihantui kebimbangan menjelang detik terakhir – pemain dilanda kecederaan sebelum perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahad ini.

Menjelang saingan suku akhir pertama Piala Malaysia itu, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui mereka tidak sanggup melihat segala perancangan terbantut jika ada pemain yang ditimpa kecederaan sebelum bertemu Harimau Selatan.

“Sebelum ini, kami menghadapi masalah dalam saingan peringkat kumpulan apabila beberapa pemain utama cedera hingga memberi kesan terhadap prestasi pasukan.

“Paling ketara membabitkan ketumpulan jentera serangan, apabila Patrick Cruz cedera walaupun Pahang berjaya melangkah ke saingan suku akhir.

“Jadi, saya berharap pemain mengelak daripada cedera kerana JDT pastinya mahu menang sebagai bekalan selesa apabila bertemu pada suku akhir kedua di Larkin nanti,” katanya.

Mohammed Suffian berkata, persediaan lebih rapi juga akan dilakukan untuk memastikan skuad Tok Gajah memiliki bekalan pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur.

“Sudah pasti aksi suku akhir pertama kami mahu menang dengan jaringan selesa, kerana ia juga sebagai motivasi kepada pemain untuk misi ke separuh akhir.

“Pada masa sama, pemain juga perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah hingga memberi boleh memberi tekanan kepada pasukan,” katanya.

Difahamkan, skuad kendalian Dollah Salleh akan menurunkan kesebelasan utama termasuk Cruz yang sudah pulih daripada kecederaan.

Kemenangan 4-0 ke atas Sabah pada perlawanan terkahir kumpulan Isnin lalu juga diharapkan mampu memperkasakan Pahang untuk merekodkan kemenangan ke atas JDT.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved