Johor DT lebarkan jurang mata

June 9, 2018

Johor DT melebarkan jarak sebagai pendahulu liga kepada 11 mata setelah menang dengan saingan terdekat di tangga kedua Pahang dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus, Larkin malam tadi.

Gol sendiri Bunyamim Umar pada minit ke 18 meranapkan impian Pahang untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata di tempat lawan bagi merapatkan kedudukan untuk terus menyaingi kejuaraan liga.

Dollah Salleh terpaksa membuat sedikit beberapa pertukaran setelah Amuji Imutu mengalami kecederaan dan tempat beliau digantikan dengan R Kogileswaren yang sebelum ini beraksi cemerlang ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu.

Mohamadou Sumareh pula kembali disenaraikan di kesebelasan utama setelah tersisih beberapa perlawanan berikutan kecederaan selain Wan Zaharulnizam kembali mengisi posisi sayap kiri setelah Issey Nakajima digandingkan dengan Kogileswaren di bahagian serangan.

Bimbang tragedi suku akhir Piala FA berulang, anak-anak buah Longhi agresif melakukan serangan terhadap kubu Pahang sebaik sahaja wisel permulaan di tiup pengadil perlawanan lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain import baru Fernando Elizari di bahagian serangan.

Usaha itu berhasil apabila Bunyamin Umar menjaringkan gol sendiri pada minit ke 18 ketika melakukan usaha mengeluarkan bola dari atas garisan gol setelah percubaan Harris Harun berjaya menewaskan Helmi Eliza sebelum itu.

Pahang yang cuba untuk mendapatkan gol peyamaan untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata tidak kesampaian setelah ketiadaan Patrick Cruz jelas terasa berikutan ketumpulan barisan serangan untuk melakukan penyudah berkesan.

Lebih buruk, pemain import dari Singapura Safuwan Baharuddin dilayangkan kad kuning kedua setelah didakwa mengasari Gary Steven Robbart pada minit ke 67 untuk menjadikan Pahang beraksi 10 pemain sehingga tamat perlawanan.

Selain kad merah Safuwan, 7 lagi kad kuning dilayangkan kepada pemain kedua-dua pasukan oleh pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Kekalahan ini bagaimanapun masih mengekalkan Pahang di tangga kedua liga berkongsi 24 mata dengan Perak dan Kedah.

Pahang dan Johor DT akan bertemu kembali pada 12 Jun ini di Kuantan untuk perlawanan terakhir di bulan Ramadhan sebelum liga berhenti seketika untuk sambutan Hari Raya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved