Jom undi Alves!

October 10, 2017

Penyerang import Pahang, Matheus Alves telah terpilih sebagai salah satu calon pemain terbaik bagi bulan September untuk Liga Super dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan yang dikelolakan oleh Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dan Asiana.my.

Pemilihan beliau adalah kerana kecemerlangan membantu pasukan menduduki tangga kedua Liga Super dan juga ketika melepasi halagan peringkat kumpulan Piala Malaysia pada bulan lepas.

Matheus yang berasal dari Brazil telah beberapa kali tercalon dan pada bulan lepas telah berjaya menjaringkan 1 gol dan menyumbang 2 bantuan gol termasuk ketika membantu menewaskan TTeam di Stadium Darulmakmur yang lalu.

Klik gambar untuk mengundi!

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features