Joseph yakin kemampuan Dollah Salleh

January 20, 2017

 Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Joseph Kallang Tie, percaya Dollah Salleh yang juga bekas jurulatih kebangsaan mampu menyuntik kebangkitan skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Bekas pemain Sarawak dan Terengganu itu berkata, pengalaman dimiliki bekas pemain kebangsaan itu bakal meletakkan Pahang yang pernah menjulang Piala Malaysia pada musim 2013 dan 2014 pada kedudukan terbaik.

Katanya, fokus utama semua pemain adalah memberi tumpuan pada setiap perlawanan dan mengikut setiap arahan serta percaturan dilakukan jurulatih.

“Buat masa ini saya dan rakan sepasukan lain sedang berusaha membentuk persefahaman antara kami. “Sejak menjalani latihan bersama bulan lalu, sudah ada peningkatan ditunjukkan dan diharapkan persefahaman ini bertambah mantap lagi apabila liga bermula nanti.

“Saya percaya Pahang mampu melangkah lebih jauh musim ini…apatah lagi diperkuatkan dengan pemain import yang sangat berkemahiran tinggi,” katanya.

Mengulas penghijrahan ke Pahang musim ini, dia berkata keputusan itu dibuat bukan sekadar untuk menimba pengalaman baru, tetapi ia lebih kepada membantu skuad Tok Gajah mencatat keputusan membanggakan musim ini.

Katanya, bukannya pencapaian individu yang menjadi sasarannya ketika ini, tapi sebaliknya lebih kepada kepuasan untuk membantu Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) membentuk pasukan disegani.

“Sebagai pemain tengah, saya tidak letak sasaran (jaringan) musim ini kerana fokus utama adalah strategi dan kerjasama berkumpulan dalam meraih kemenangan,” kata pemain kelahiran Miri, Sarawak itu. musim 2000 di Stadium Perak, jam 9 malam Sabtu ini.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN