‘Kalaulah bola masuk…’

April 10, 2019

Oleh : Asrol Awang

PEMAIN tengah Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengakui terkilan selepas gagal menjaringkan gol ketika skuad itu terikat 1-1 dengan PJ City FC, Sabtu lalu. 

Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, sekiranya dia berjaya menyempurnakan dua peluang jaringan sudah tentu keputusan perlawanan akan berubah sekali gus meletakkan skuad Tok Gajah kembali di persada Liga Super. 

“Namun, ia tidak menjadi walaupun dua peluang terbaik hadir di hadapan gawang lawan tapi bola tidak menerjah jaring sebaliknya terkena palang. 

“Jika jaringan dapat dilakukan, saya percaya Pahang akan menamatkan perlawanan dengan mengutip tiga mata,” kata pemain berumur 28 tahun itu. 

Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Wan Zaharulnizam atau Kecik  sudah menjaringkan dua gol. masing-masing satu dalam saingan Liga Super dan Piala FA. 

Ditanya peluang skuad Tok Gajah kembali meraih kemenangan ke atas PKNS FC Ahad ini, dia sedia menebus kekecewaan itu jika disenaraikan pada perlawanan itu nanti. 

Katanya, ini kerana skuad itu tidak boleh ketinggalan mata jika mahu mengejar kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT). 

“Kami perlu menang ke atas PKNS dan berharap prestasi lebih baik dapat dipamer di Stadium Shah Alam, Ahad ini,” katanya yang juga bekas pemain Harimau Muda A.

Artikel Asal :
https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/443249/kalaulah-bola-masuk


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN