Kemenangan ini pengubat duka – Ahmad Shaharuddin

September 28, 2017

Oleh : Faizul Azlan Razak

KUALA TERENGGANU: Kekecewaan skuad Pahang yang tersingkir dalam saingan Piala Malaysia sedikit terubat selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Skuad Tok Gajah membuat sedikit rombakan terhadap senarai kesebelasan utama yang gagal mara ke separuh akhir Piala Malaysia ketika menentang Perak.

Kali ini, Mohd Saifulnizam Miswan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Faisal Mohd Rosli berada di bangku simpanan manakala penjaga gol, Wan Muhammad Azraei Wan Teh langsung tidak tersenarai dalam perlawanan itu.

Penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata, selepas mempamerkan aksi hambar di Ipoh, Perak, pasukannya membuat perubahan pemain untuk bertemu The Titans.

Bekas pemain Pahang itu nyata berpuas hati apabila pemain yang diturunkan dalam perlawanan itu mempamerkan aksi baik dan membantu pasukannya membawa pulang tiga mata berharga.

“Kemenangan ini sedikit sebanyak menceriakan kem Pahang selepas kecewa gagal melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Apa pun, percaturan kami kali ini menjadi dan pemain yang diturunkan juga menunjukkan persembahan terbaik,” katanya ditemui selepas perlawanan itu.

Bagaimanapun, skuad Tok Gajah terpaksa bekerja keras untuk membolosi gawang T-Team dan gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang importnya, Matheus pada minit ke-78.

Begitupun, berbeza dengan pengendali T-Team, Rahmad Darmawan yang kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal manfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Pengendali kelahiran Indonesia itu berkata, peluang terbaik pasukannya memperoleh gol menerusi pemain gantian, Mohd Nor Hakim Hassan yang hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias minit ke-56.

“Kami hanya memerlukan satu mata saja dalam perlawanan ini, namun sebaliknya berlaku.

“Jadi, saya tidak akan memberi pemain cuti panjang kerana T-Team berdepan tugas hidup mati pasukan sama ada kekal beraksi di Liga Super pada aksi terakhir dengan Sarawak pada 28 Oktober di Kuching,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…