Kena tunggu

January 10, 2019

Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam dalam kenyataannya di laman sosial MFL semalam.

Ini adalah kerana pada tarikh tersebut dijangka Ahli Lembaga Pengarah akan bersidang yang mana rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sebelum ini yang diterima pada 19 Disember tahun akan dikemukakan.

“Surat rayuan oleh PBNP yang bertarikh 27 November 2018 hanya diserahkan kepada MFL pada 19 Disember 2018. Rayuan ini perlu diperhalusi oleh Ahli Lembaga Pengarah sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sebenarnya mengikut peraturan sedia ada, mana-mana pemain naturalisasi hanya boleh didaftar sebagai pemain tempatan selepas lima tahun mendapat taraf kerakyatan tetapi kami memberi pertimbangan sewajarnya untuk memendekkan tempoh itu kepada setahun daripada tarikh permohonan pendaftaran Pahang pada 2 Mac tahun lalu atas beberapa aspek termasuk Sumareh sudah bermaustatin di negara ini sejak berusia 12 tahun.

“Justeru pada 1 Oktober tahun lalu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan membenarkan Sumareh didaftarkan pada jendela perpindahan kedua 2 Mac depan apabila mengambil kira tempoh setahun permohonan pendaftaran oleh PBNP.

“Selepas keputusan itu baru PBNP membuat rayuan, pada saya isu MFL sengaja melengahkan pendaftaran Sumareh tidak perlu ditimbulkan

– Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam

Pahang sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap keputusan MFL yang membuat keputusan Sumareh hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula 2 Mac 2019.

Terdahulu, setelah disahkan mendapat kerakyatan Malaysia, Mohamadou Sumareh dipanggil Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk membantu skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 pada Disember lepas.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, kehadiran Sumareh tetap memberi impak yang mana Malaysia berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir namun akur hanya bergelar Naib Juara setelah tewas di tangan Vietnam dengan agregat 2-3.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN