Kenapa Sumareh kena kata Dollah

April 27, 2017

Kuantan: Dollah Salleh melahirkan rasa hairan dengan hukuman penggantungan yang dikenakan kepada pemain skuadnya, Mohamadou Sumareh.

Beliau mengakui masih belum dapat memahami dengan jelas sebab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengumumkan hukuman penggantungan ke atas pemain dari Gambia itu.

“Apa sebab, punca dan kenapa? Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.

“Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.

“Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan,” katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan Ahad ini.

Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Afif Fazail pada perlawanan suku akhir Piala FA, Ahad lalu.

Dollah berkata setakat ini beliau difahamkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum menerima surat pengesahan mengenai penggantungan itu.

Baljit Singh turut mengumumkan empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras, termasuk Sumareh dan Afiq Fazail.

Dua lagi pemain ialah Mohd Rizal Ghazali (Kedah) dan Mohd Fakhrurazi Musa (T-Team) yang digantung dua perlawanan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…