Ketumpulan penggempur risaukan Dollah

June 3, 2018

Oleh :  Hairi Yahaya

Pengendali Pahang, Dollah Salleh, boleh menarik nafas lega setelah skuad Tok Gajah mengutip mata penuh susulan kejayaan menewaskan PKNP FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Ipoh, semalam.

Berdasarkan mutu permainan, pengendali berpengalaman itu sedikit gusar dengan ketumpulan penyudah yang dipamerkan oleh barisan penyerangnya.

“Pahang menguasai permainan, cuma impak untuk menjaringkan gol itu tiada. Kami cuma bermain cantik sahaja, terutama dalam separuh masa pertama. Untuk menjaringkan gol, saya tidak nampak.

“Oleh itu, saya berpesan pada Mohamadou Sumareh (pemain gantian) untuk bersedia dan kemasukannya berjaya mengikat kedudukan sebelum Faisal Abdul Halim melengkapkan kemenangan, itupun dalam empat minit masa kecederaan,” kata Dollah.

Dalam masa sama, keputusan itu tetap memberikan sedikit keyakinan kepada Dollah kerana sebelum ini, persembahan Pahang tidak begitu konsisten.

“Kami menang pun di minit-minit terakhir permainan. Tidak mengapa, yang penting kami kembali menemui sentuhan,” ujarnya.

Pahang kini mengambil-alih kedudukan kedua liga selepas Perak tumpas di tangan Johor Darul Ta’azim (JDT) 2-0 di Larkin, semalam.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…