Kiko mahu rakan tidak cepat dabik dada

February 3, 2017

Pemain tengah Pahang kelahiran Sepanyol, Fransisco Insa Bohigues melaungkan amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak cepat mendabik dada berikutan kemenangan besar 5-0 ke atas TTeam FC pada hari Jumaat lepas.

Bimbang rakan-rakan dibuai mimpi indah, Fransisco yang lebih mesra dipanggil Kiko mahu mereka cepat sedar kerana Sarawak bukanlah satu pasukan yang mudah dikalahkan kerana mereka mempunyai pemain import yang baik selain pemain-pemain muda yang dahagakan kejayaan.

“Sarawak adalah pasukan yang bagus, mempunyai pemain yang baik tetapi saya bimbang tentang rakan-rakan setelah menang 5-0 baru-baru ini kerana kami boleh bermain lebih baik.

“Kami perlu bersikap merendah diri kerana jika tanpa semangat juang kami boleh kalah dengan mana-mana pasukan kerana setiap perlawanan mempunyai ceritanya sendiri.

“Namun saya percaya, jika kami melakukan usaha yang lebih dan secara berpasukan, 3 mata di Kuching adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Beliau juga berikrar untuk bermain seolah-olah setiap perlawanan adalah perlawanan akhir dan menuntut rakan sepasukannya juga bersikap seperti itu kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat dari pihak pengurusan sehinggalah kepada penyokong.

“Kami mahu bermain setiap perlawanan untuk menang kerana kami adalah Pahang!

“Hanya itu sahaja sasaran tunggal kami iaitu untuk menang setiap perlawanan dan mentaliti ini patut ada pada setiap pemain dan mereka bertanggungjawab terhadapnya secara individu dan berikan yang terbaik.

“Kami mempunyai sokongan yang kuat dibelakang kami dan YAM Presiden sentiasa ada bila kami perlukan dengan ditambah lagi sokongan penyokong yang menakjubkan baru-baru ini.

Kiko yang baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia juga memuji penyokong yang sentiasa memberi sokongan sejak perlawanan pertama di Perak dan juga semasa di Kuantan tempoh hari.

“Saya sangat teruja dengan melihat sokongan yang kami terima.
” Mereka mengikut kami sejak dari Perak dan juga mengalu-alukan pasukan yang rata-rata masih baru semasa di halaman sendiri.

“Saya harap kami dapat membuatkan mereka berbangga dengan kami melalui keputusan yang memberangsangkan dan menyeru supaya penyokong sentiasa memenuhi stadium kerana bagi kami jika stadium yang penuh adalah isyarat kami berada di landasan yang tepat.

Pahang akan menghadapi Sarawak untuk perlawanan ke-3 Liga Super setelah menghuni tangga teratas liga ketika ini mengutip 4 mata hasil dari kemenangan besar 5-0 di Kuantan dan juga berjaya mengikat Perak di Ipoh.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…