Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

February 4, 2019

Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

K Kogileswaren yang bermain posisi penyerang, R Dinesh (pertahanan) dan Faisal Halim (sayap) disenaraikan untuk latihan yang bermula 10 Februari ini bagi persediaan menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 26 Februari 2019.

Senarai 26 Pemain ke Kem Latihan Pusat Menjelang Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, KembojaKetua jurulatih skuad…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Ahad, 3 Februari 2019

Dua dari tiga pemain ini iaitu Dinesh dan Faisal merupakan pemain yang baru dipanggil berbanding Kogi yang pernah menyertai latihan pusat padaJanuari lalu untuk menghadapi 3 perlawanan persahabatan di Bangkok.

Skuad ini akan berkampung lima hari di Padang MSN, Bukit Jalil dan barisan 23 pemain terakhir yang dipilih Kim Swee akan terbang ke Phnom Penh pada 15 Februari bagi menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019.

Untuk kejohanan ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari 2019 yang mana semua perlawanan di Stadium Nasional, Phnom Penh.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS7)
9:00 pm
Super League
Tun Abdul Razak Stadium, JENGKA

Felda United vs Pahang

(FA2R)
9:00 pm
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

Pahang vs Persada Intergriti Bersatu FC