Kisah di sebalik nombor jersi Cruz

March 14, 2018

Penyerang import Pahang, Patrick dos Santos Cruz, memilih jersi nombor 5 bersama skuad Tok Gajah kerana terselamat daripada kemalangan jalan raya yang hampir mengorbankan dirinya.

Semasa di Brazil, Cruz ditimpa kecelakaan jalan raya, namun dia serta ahli keluarga terselamat daripada nahas terbabit biarpun keretanya mengalami kerosakan teruk.

Perkara itu terjadi ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Malaysia bagi menyertai Pahang sebelum pintu perpindahan ditutup.

Bagi mengabadikan memori berkenaan, Cruz memilih jersi nombor 5 kerana tragedi itu berlaku pada 5 Februari sebagai tanda kesyukuran kerana dia masih hidup hingga hari ini.

“Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang (untuk ke Malaysia), keluarga saya ditimpa kemalangan jalan raya.

“Ia menjadi satu motivasi buat saya.

“Saya memilih jersi nombor 5 bagi mengenangkan tarikh tragedi itu (5 Februari) dan betapa bertuahnya saya dapat terus beraksi, memberikan yang terbaik,” katanya.

Cruz, yang sudah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan Liga Super, menzahirkan pengalaman berbeza menyarung jersi Pahang berbanding bersama T-Team pada musim 2016.

“Ia berbeza kerana Pahang merupakan kelab besar di Malaysia.

“Ia satu penghormatan dan kebanggaan untuk menyarung jersi ini.

“Apabila beroleh kesempatan, saya akan sentiasa memberikan yang terbaik.

“Bermain di Pahang sentiasa berdepan tekanan kerana kehadiran ramai penyokong setia, tidak kira saat jatuh dan bangun.

“Saya sangat berbangga dapat menyarung jersi ini,” katanya lagi.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features