KL ujian pertama

January 13, 2019

Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) secara rasmi semalam.

Perlawanan yang dijadualkan pada 1 Februari 2019 itu akan dijadualkan diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

KL yang kini dibimbing bekas pengendali Kelantan Yusri Che Lah akan diperkuatkan oleh Indra Putra, Guilherme De Paula dan juga beberapa pemain baru seperti Fitri Omar, Khir Jones dan juga pemain import yang baru berhijrah dari Bali United, Sylvano Comvalius.

Foto : facebook/klfaofficial

Selepas KL, Pahang dijadualkan menentang Terengganu FC I di tempat sendiri pada 8 Febuari diikuti Melaka (16 Februari – tempat lawan), Selangor (24 Februari – tempat sendiri), PKNP FC (2 Mac – tempat lawan) dan Kedah (8 Mac – tempat sendiri).

Namun begitu, hanya sehingga perlawanan ke 6 yang sudah ditetapkan tarikh manakala perlawanan selainnya hanya diberi tempoh tarikh kerana masih lagi belum mendapat keputusan dari penyiar rasmi kejohanan.

Pada tahun ini menyaksikan perlawanan Liga Super hanya dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bergantung kepada pemilihan penyiar rasmi dimana kesemua perlawanaan akan dijalankan secara langsung.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…




  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…




  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…




  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…




  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…