Kogi dan Faisal Halim dalam senarai akhir skuad Sukan Asia

August 12, 2018

Dua pemain Pahang iaitu R Kogileswaren dan Faisal Halim berada dalam senarai 20 pemain terakhir yang dipilih oleh Ketua Jurulatih Malaysia B23, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia bermula 15 Ogos ini.

Pengumuman 20 pemain yang terpilih ini dibuat melalui laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta kesemua medium media sosialnya sebentar tadi.

Kogi serta Faisal atau lebih mesra dipanggil Miki yang masing-masing bermain di posisi penyerang serta sayap akan bersama-sama rakan sepasukan untuk bertolak ke Bandung dimana lokasi perlawanan pertama kumpulan E akan diadakan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen bertemu Republik Kyrgyz pada 15 Ogos dan Republik Korea pada 17 Ogos, kedua-dua perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung sebelum aksi terakhir kumpulan berdepan Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada 20 Ogos.

Ini adalah kejohanan rasmi pertama bagi Faisal untuk pasukan B23 negara tetapi tidak bagi Kogileswaren yang pernah berada dalam skuad Datuk Ong Kim Swee ketika menyertai Kejohanan AFC B23 tahun di China pada Februari yang mana Malaysia mara sehingga peringkat suku akhir.

Acara bola sepak lelaki pada Sukan Asia 2018 di Indonesia dijadualkan diadakan dari 10 Ogos hingga 1 September 2018 dan diadakan di 4 venue berbeza iaitu Soreang, Cibinong, Bikasi dan Cikarang.


Comments

  1. --------- - August 12, 2018 at 9:58 pm

    GOODLUCK kogi. you’re the best.. will always support you.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features