Kogileswaran: Dollah bantu tingkat prestasi saya

April 23, 2018

Penyerang Pahang, R. Kogileswaran, merakamkan penghargaan kepada Dollah Salleh dalam membantu meningkatkan prestasinya musim ini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi beraksi cemerlang ketika membantu Pahang menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu.

Meskipun tidak meraih gol, Kogileswaran melakukan hantran tepat buat Patrick Cruz meraih gol kedua Pahang.

“Jurulatih (Dollah) memang banyak memberikan semangat. Menyedari saya masih muda, dia tetap meletakkan kepercayaan kepada saya.

“Saya akan terus memberikan yang terbaik buat Pahang jika diturunkan beraksi,” kata Kogileswaran.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang ini turut memuji kesungguhan rakan sepasukan lain berdepan JDT.

Bagi Kogileswaran, bukan mudah menewaskan JDT di Larkin dan ia tidak mungkin diraih tanpa kecekalan pemain.

“Ketika rehat separuh masa, Dollah memberikan kata-kata semangat kepada kami dan ia merupakan punca semangat Pahang meraih kemenangan,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…