Kogileswaran makin serasi bersama Cruz

April 24, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Penyerang Pahang, R Kogileswaran mengakui semakin serasi bersama Patrick Cruz selepas diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama dalam tiga perlawanan termasuk ketika membaham Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-0 pada aksi suku akhir kedua Piala FA, Jumaat lalu.

Bekas pemain Frenz United FC itu berkata, dia yang digandingkan dengan Cruz semakin memahami antara satu sama lain dan berharap mereka akan terus digandingkan untuk memperkasakan jentera serangan skuad Tok Gajah.

 “Saya berterima kasih kepada jurulatih (Dollah Salleh) yang memberi sepenuh kepercayaan untuk bergandingan dengan Cruz di jentera serangan.

“Sebagai pemain muda, saya sudah melakukan yang terbaik dan percaya kejayaan yang diraih skuad ini atas semangat dan kerjasama berpasukan.

“Justeru, jika saya terus diberi peluang, saya akan memastikan Pahang beroleh kemenangan dan mencapai misi meraih piala musim ini,” katanya.

Ditanya peluang skuad Tok Gajah apabila bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur Sabtu ini, dia percaya tiga mata tidak akan terlepas kepada lawan.

Menurut pemain berumur 20 tahun itu, kelebihan beraksi di laman sendiri tambahan dengan sokongan padu penyokong  akan memberi semangat kepada semua pemain.

“Jika kami gagal mengutip tiga mata, sudah pasti misi untuk terus menghambat dan merampas takhta liga daripada JDT terjejas. Jadi, kemenangan menjadi buruan kami,” katanya yang sudah menjaringkan satu gol ketika membantu Pahang seri 2-2 dengan Kuala Lumpur dalam aksi liga.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…