Kuantan dan Jerantut tempah tiket ke Final

October 21, 2018

Kuantan dan Jerantut mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Piala KDYMM Sultan Pahang apabila menewaskan lawan masing-masing secara argregat dalam peringkat separuh akhir yang berakhir pada Sabtu.

Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada hari Jumaat, Temerloh cuba bangkit dari kekalahan besar 1-6 semasa di Jengka apabila berjaya menewaskan Jerantut dengan keputusan 4-2 namun gagal ke perlawanan akhir setelah Jerantut yang juga juara bertahan mara dengan agregat 8-5.

Di Kuantan, satu lagi perlawanan separuh akhir berlangsung pada Sabtu yang menemukan pasukan tuan rumah Kuantan menentang jiran mereka Pekan yang berlangsung di Padang MPK 1A.

Sebelum ini dalam perlawanan separuh akhir pertama, Kuantan berjaya menewaskan Pekan dengan keputusan 1-0 dan sekali lagi Kuantan tiada masalah menewaskan Pekan kali ini dengan keputusan 2-1 menjadikan agregat 3-1 berpihak kepada Kuantan.

Walaubagaimanapun, tarikh dan venue bagi perlawanan akhir akan diumumkan selepas ini oleh pihak PBNP kemudian.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…