Kumpulan sukar untuk Pahang

July 30, 2018

Pahang bakal menerima rintangan sengit dalam saingan Unifi Piala Malaysia 2018 apabila diundi dengan dua lawan yang sama di Piala FA baru ini selain satu pasukan yang sukar dijangka kekuatannya dari Liga Premier dalam undian yang dijalankan di Damansara sebentar tadi.

Undian yang dikendalikan oleh Bernard Stanley serta Robert Cornwithe dan Akmal Rizal turut dihadiri wakil penaja, pihak MFL dan wakil pasukan yang bertanding bermula pada jam 3.30 petang dan disiarkan secara langsung di HyppeTV dan iflix.

Seolah-olah jodoh yang kuat, Pahang dan PKNP FC sekali lagi berada di dalam kumpulan yang sama setelah pada musim 2017 kedua-dua pasukan sebelum ini di musim 2017 diundi bersama dalam kumpulan A.

Selain itu, lawan Pahang di perlawanan akhir Piala FA yang juga juara kejohanan ini sebanyak 33 tahun iaitu Selangor yang kini dibarisi beberapa pemain muda berbakat selain mempunyai penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia juga menghuni kumpulan D.

Satu lagi pasukan yang menghuni kumpulan D ialah Sabah yang layak ke Piala Malaysia walaupun menduduki tangga ke 6 Liga Premier berikutan syarat feeder club keatas JDT II yang tidak boleh berada dalam satu pertandingan dengan JDT.

Skuad bimingan bekas pemain Sabah , Julius Ating ini memang sukar dijangkakan lebih-lebih lagi ketika beraksi di gelanggang sendiri.

Perlawanan pertama Unifi Piala Malaysia 2018 adalah pada 4,5 dan 6 Ogos ini dengan kesemua perlawanan dijalankan pada hujung minggu dan perlawanan akhir dijangka pada 27 Oktober 2018.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…