Lang Merah tunduk di Darulmakmur

August 6, 2017

Pahang terus mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah di Darulmakmur berhadapan Kedah semalam apabila menewaskan skuad bimbingan Mohd Nidzam Adha itu semalam 2-1 dalam saingan Liga Super.

Kemenangan ini meletakkan Pahang merapatkan kedudukan dengan Kedah hanya dengan berpisah satu mata setelah perlawanan liga memasuki perlawanan ke 19 pada malam tadi.

Ahmad Shaharuddin Rosdi melakukan kejutan apabila menyenaraikan Kiko Insa untuk bergandingan dengan pertahanan import dari Korea, Jae Won manakala Joseph Kallang Tie terus diberi kepercayaan untuk menggantikan Syamim yang masih cedera.

 

5

Penjaga gol kelahiran Kedah, Helmi Eliza juga diberi kepercayaan untuk menjaga gawang setelah beraksi cemerlang ketika menentang PKNP FC dalam saingan TM Piala Malaysia Selasa lalu.

Pahang bermula garang apabila sentiasa memberi tekanan kepada Kedah apabila memperolehi peluang seawal minit ke 6 setelah Ramero menguis ke belakang bola kepada Zaharulnizam namun pemain berjersi no 8 itu menyepak lemah keluar dari sasaran.

Kedah pula sekali sekala menyerang melalui Sandro dan Syafiq Ahmad dan memperolehi beberapa peluang yang mampu mendapatkan gol namun kecemerlangan Helmi Eliza menafikan jaringan dilakukan sehinggalah tamat separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kedah yang merasakan kurang cengkaman di bahagian tengah memasukkan Baddrul Bahktiar dan Syazwan Zainon sejurus sebelum sepak mula separuh masa kedua dilakukan.

Tetapi sebaliknya Pahang terus mengasak Kedah dan akhirnya memperolehi gol pertama pada minit ke 65 melalui Romero yang menyambut tandukan Alves setelah memperdaya Farhan Abu Bakar sebelum itu.

7

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah pula mengatur gerakan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Syafiq Ahmad pada minit ke 78 menewaskan Helmi Eliza.

Alves muncul wira Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan 2 minit selepas itu setelah menghukum kesilapan Zach Anderson yang gagal mengeluarkan bola hasil dari hantaran Romero untuk menggamatkan 6 ribu penonton yang hadir di Darulmakmur.

Kekalahan Kedah ini juga menyebabkan Pahang ‘membantu’ Johor DT untuk muncul Juara Liga Super 4 kali berturut-turut setelah pasukan dari selatan tanahair itu tewas 1-2 di tangan Selangor di Selayang ketika mereka hanya memerlukan satu mata untuk menggelar Juara.

4

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…