Laporan : Perak lwn Pahang

January 22, 2017

{slider=Keputusan}

Keputusan

 

LIGA SUPER MALAYSIA

Perak TBG
1-1
Pahang FA II

 Nazirul 5′ yellow card icon
 Thiago 68′ score icon
 Zaquan Assist
Kenny 31′ yellow card icon
Shahrom 90+1′ yellow card icon

  score icon Syamim 56′
Assist Joseph
Sabtu | 21 Januari 2017 | 9.00 mlm
Stadium Perak, IPOH

 

{/slider}

{slider=Barisan Pemain}

Barisan Pemain

 

PHG Eleven

PAHANG

Kesebelasan Utama : Wan Azraie (GK), Matthew Davies (KP), Afif Amiruddin, Heo Jae Won, Faisal Rosli, Fransisco Insa, Nor Azam Azih, Joseph Kallang Tie, Syamim Yahya, Ashaari Shamsuddin, Mohamadou Sumareh.

Pemain Gantian : 77′ Joseph Kallang Tie KELUAR Faisal Halim MASUK, 90′ Muslim Ahmad MASUK Nor Azam Azih KELUAR

Simpanan : Mohd Helmi Eliza (GK), R Dinesh, Zubir Azmi, Salamon Raj.

PERAK

Kesebelasan Utama : Hazizul Hakim (GK), Shahrom Kalam (K), Idris Ahmad, Nazirul Naim, Thiago Junior, Faton Toski, Yashir Pinto, Zaquan Adha, Nasir Baharuddin, Vladislav Mitkov, Kenny Pallraj

Pemain Gantian : 69′ Zaquan KELUAR Ridzuan Azly MASUK, 75′ Kenny KELUAR Shahrul MASUK, 79′ Faton Toski KELUAR Hadi Yahya MASUK

Simpanan : Khairul Amri, Ibrahim Aziz, Raffi Nagoorgani.

 

{/slider}

{slider=Ulasan}

Ulasan

1′ PRK melakukan sepak mula.

5′ yellow card icon  Kad kuning pertama oleh pengadil perlawanan kepada Nazirul Naim.

6′ Syamim gagal menyempurnakan sepakan percuma

19′ Hantaran Kiko secara ‘through ball’ gagal. Mudah dibaca oleh pertahanan PRK.

20′ PHG memperolehi sepakan percuma dari sebelah kanan gol PRK. Dikeluarkan oleh pertahanan lawan. Sepakan penjuru untuk PHG.

22′ Tiada apa yang menarik dari sepakan penjuru tersebut. Dikeluarkan oleh pertahanan PRK.

25′ PRK cuba melakukan serangan tapi mudah dipatahkan oleh pertahanan PHG.

26′ PRK mendapat peluang tetapi hantaran Kenny dikeluarkan oleh Faisal. Sepakan sudut untuk PRK.

27′ Sepakan sudut dari Zaquan ditanduk keluar melepasi palang oleh pemain PRK.

28′ PHG memperolehi peluang satu lawan satu tetapi Sumareh gagal menewaskan penjaga gol PRK, Hafizul.

29′ Sumareh dijatuhkan oleh pertahanan PRK. Sepakan percuma dari kawasan kanan PRK.

30′ Sepakan percuma Syamim gagal disambut Fransisco Sepakan gol untuk PRK.

31′ yellow card icon Kad Kuning kepada pemain PRK, Kenny kerana mengasari Faisal.

34′ Syamim mencuba dari luar kotak penalti tapi mudah ke dakapan Hazizul.

38′ Sepakan percuma untuk PHG setelah Syamim dijatuhkan. Sepakan yang diambil Azam terus ke tangkapan penjaga gol.

39′ PRK mempunyai peluang tetapi hantaran lintang sayap PRK gagal disambut mana-mana pemain PRK.

45′ Tambahan Masa 1 minit.

Tamat Separuh masa pertama

 45′ PHG mulakan sepak mula.

47′ PRK melakukan serangan dari kiri gol PHG. Dikeluarkan oleh pertahanan PHG.

49′ Peluang gol untuk PHG. Hantaran lintang Joseph gagal disambut oleh Shamim dan Sumareh.

51′ Sepakan percuma bahagian kanan petak penalti PHG. Sepakan Thiago berjaya dikeluarkan pertahanan kemudian sepakan susulan Kenny ditepis keluar Azraie. Tendangan sudut buat PRK.

52′ Tendangan sudut Zaquan mudah dikeluarkan pertahanan PHG. Serangan balas PHG melalui Sumareh offside.

56′ score icon GOL!!!!!! Pahang menjaringkan gol pertama melalui Syamim Yahya. Joseph melakukan larian solo dari kanan gol PRK. Melakukan hantaran lintang yang mudah ditampan oleh Syamim.

59′ Sepakan percuma PHG di betul-betul hadapan kotak penalti gol PRK. Sepakan Jae Won terkena benteng PRK. Sepakan susulan Azam melepasi palang gol.

60′ Pengadil memberhentikan permainan kerana Joseph terbaring kerana cedera.

68′ score icon GOLLLL!!! PRK menyamakan kedudukan melalui Thiago.Gol berpunca sepakan sudut dari Zaquan yang ditanduk kemas oleh Thiago menewaskan Azraie.

69′ player out icon Zaquan KELUAR, player in icon Ridzuan Azly MASUK

72′ PRK sekali lagi menyerang melalui sayap tetapi tandukan tipis Vladislav melepasi palang.

75′ player out icon Kenny KELUAR, player in icon Shahrul Saad MASUK

77′ player out icon Joseph KELUAR, player in icon Faisal Halim MASUK

79′ player out icon Faton KELUAR, player in icon Hadi Yahya MASUK

80′ Sepakan percuma PRK dari kanan gol PHG. Berjaya disambut Shahrom tetapi melepasi palang gol

83′ Tandukan Thiago dari sepakan sudut berjaya dikeluarkan Jae Won.

84′ Suasana kelam kabut di pintu gol PHG berjaya dikeluarkan oleh pertahanan PHG.

90′ player out icon Nor Azam KELUAR, player in icon Muslim MASUK.3 minit tambahan masa

90+1′ yellow card icon Kad kuning Shahrom kerana mengasari Sumareh.

90+1 Sepakan percuma Syamim melepasi palang gol.

Tamat perlawanan.

 

{/slider}

{slider=Foto}

Foto

 

001 007
004 005
006 010
011 003

 

 {/slider}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features