Lawan Pahang di pusingan ketiga terjawab

April 4, 2019

Misteri lawan Pahang untuk pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 terjawab setelah selesai undian untuk saingan tersebut sebentar tadi.

Pasukan dari Liga Premier, UKM FC mengisi posisi no 1 untuk menjadi lawan kepada Pahang yang sebelum itu diundi di posisi no 2 dalam
majlis undian yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebook Malaysia Football League (MFL) bermula jam 3 petang.

UKM FC menewaskan satu lagi pasukan amatur yang beraksi di Liga M3 PROTA FC dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UKM, Bangi pada petang semalam.

Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 April ini dengan UKM FC akan menjadi tuan rumah manakala Pahang akan hadir sebagai pasukan pelawat.

Untuk rekod, UKM FC menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai gelanggang sendiri untuk musim 2019.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN