Lawan Pahang terjawab hari ini

March 6, 2018

Debaran siapa yang menjadi halangan seterusnya untuk Pahang dalam pusingan ke-3 Shopee Piala FA akan terjawab pada hari ini apabila pihak FMLLP akan mengadakan sesi undiannya pada jam 3 petang.

Undian yang akan dijalankan di Restoran The Bee, Publika Dutamas akan menentukan juga nasib 15 lagi pasukan yang sudahpun layak setelah menang dengan lawan masing-masing pada hujung minggu lepas.

Pahang layak setelah membenam cabaran ATM di Stadium Darul Makmur pada Ahad lepas dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talha dan Safuwan Baharuddin.

Kesemua pasukan boleh diundi menentang antara satu sama lain dan perlawanan hanya diadakan sekali sahaja sama seperti pusingan pertama dan kedua dijalankan.

Pusingan ketiga dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Mac ini sebelum liga berhenti berehat selama seminggu untuk memberi laluan perlawanan pasukan kebangsaan yang akan menentang Labenon dan Mongolia.

Peminat boleh mengikuti majlis undian ini secara langsung menerusi aplikasi Iflix bermula jam 3.00 petang ini.

 

Pasukan yang layak ke pusingan ke-3 :

  1. Kelantan
  2. PKNS FC
  3. Kedah
  4. UiTM FC
  5. PKNP FC
  6. Terengganu FC
  7. Johor DT
  8. K.Lumpur
  9. Felda United
  10. Perak
  11. Selangor
  12. Kuantan FA
  13. Pahang
  14. Melaka United
  15. UKM FC
  16. Pulau Pinang

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features