Lawan suku akhir akan diketahui esok

March 19, 2018

Esok (20 Mac 2018) akan terjawab tanda tanya lawan Pahang bagi pusingan suku akhir apabila undian bagi saingan Shopee Piala FA 2018 akan dilakukan di Ibu kota Kuala Lumpur seperti diumumkan FMLLP di laman sosialnya sebentar tadi.

Bakal diadakan di Restoran Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada jam 4 petang, acara ini akan disiarkan secara langsung di saluran Iflix.

Selain Pahang, 7 lagi pasukan sudah mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir pada edisi kali ini iaitu PKNP FC, Selangor, PKNS, Johor DT, Perak, Kuala Lumpur dan juga Felda United setelah menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan ke-3 pada hujung minggu baru-baru ini.

Suku Akhir Shopee Piala FA akan diadakan secara timbal balik dan dijadualkan berlangsung pada 6 & 7 April untuk perlawanan pertama manakala 20 & 21 April untuk perlawanan kedua.

Kedah merupakan Juara pada edisi 2017 namun sudahpun tersingkir setelah tewas di tangan Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada minit ke 45.


 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features