Lega lutut tak dibedah

March 28, 2018

Oleh : Asrol Awang

PEMAIN tengah Pahang, Nor Azam Azih bersyukur dia tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan lutut kanan.

Justeru, pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Pahang itu mahu kekal fokus untuk pulih bagi menghadapi saingan Liga Super dan Piala FA.

“Selepas menjalani pemeriksaan minggu lalu, pakar perubatan mengesahkan saya tidak perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan itu.

“Tapi saya tidak boleh menjalani latihan intensif bagi memastikan lutut ini sembuh lebih cepat supaya dapat beraksi sebaik Liga Super bersambung nanti.

“Setakat ini, saya hanya melakukan latihan ringan dan harapnya kecederaan ini cepat sembuh untuk memastikan saya kembali bersama pasukan,” katanya.

Susulan kecederaan itu, Nor Azam terlepas peluang menyarung jersi Harimau Malaya pada aksi persahabatan menentang Mongolia dan kelayakan Piala Asia bertemu Lubnan.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features