Bermula perlawanan, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan ke kubu lawan masing-masing namun buntu mendapatkan jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua,Tok Gajah memperkemas corak perlawanan namun barisan serangannya yang diketuai Norsharul Idlan Talaha tetap buntu mendapatkan jaringan.

Perak juga memiliki beberapa peluang keemasan menjaringkan gol terutama menerusi penyerang importnya, Gilmar da Silva namun gagal membolosi gawang Pahang. – UTUSAN ONLINE

Berita Asal