Liga Super: Tok Gajah sedia kecewakan Red Giants

April 14, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Kapten Pahang, Matthew Davies mengharapkan aksi cemerlang skuad itu berterusan apabila melayan kunjungan musuh tradisi, Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, tahap permainan semakin baik dipersembahkan skuad The Red Giants memerlukan komitmen tinggi dan fokus terbaik daripada pemain skuad Tok Gajah.

Katanya, kejayaan Pahang menewaskan Kelantan 2-1 minggu lalu sudah pasti memberi semangat kepada mereka untuk mengekalkan prestasi terutama kembali merampas kedudukan teratas liga dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami tidak boleh kehilangan mata apatah lagi dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri.

“Bagi saya sendiri, Pahang tidak mahu Selangor yang diketuai Razman Roslan yang juga bekas kapten Pahang menyekat hasrat kami mengutip tiga mata,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal Rosli yang juga pemain pertahanan percaya rekod bersih skuad Tok Gajah di Stadium Darul Makmur musim ini dapat dipertahankan.

Katanya, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk membenam cabaran The Red Giants.

“Prestasi meyakinkan Selangor dalam beberapa perlawanan sebelum ini memerlukan komitmen dan fokus 100 peratus daripada semua pemain bagi memastikan lawan tidak mengambil kesempatan,” katanya.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH