LionsXII vs Pahang FA Prebiu Perlawanan

February 13, 2014

LionsXII – Pahang Preview : Pertembungan dua  pasukan dalam Piala FA

Tok Gajah dan Lions bertemu lagi, selepas pertemuaan terakhir  mereka dua minggu selepas , dan kali ini dalam Piala FA.

 

 

Pahang yang dalam perjalanan ke Singapura pada petang Sabtu ini, perlu sedar bahawa tuan rumah LionXII telah bersedia untuk membalas dendam. Hanya dua minggu yang lalu, TokGajah mengalahkan juara Liga Super Malaysia musim lepas pada perlawanan pembuka  tirai liga dalam saingan Piala Sumbangsih di Kuantan,  namun begitu Lions XII kini telah bangun menunjukkan aksi yang memberangsangkan dan mereka mempunyai peluang  cerah untuk meneruskan perjuangan ke pusingan ketiga Piala FA .

LionsXII telah mengemaskini pasukan mereka setelah tewas dalam saingan pembukaan liga kepada ke Pahang. Mereka memperolehi kemenangan ke atas DRB- Hicom FC dan Selangor diikuti oleh keputusan seri menentang  Johor Darul Ta’zim, ini menunjukkan pasukan Singapura bukan sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan dalam musim ini. Walaupun pasukan ini dibarisi pemain muda, mereka diharap dapat mengulangi keputusan seperti musim lalu, komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pasukan muda ini memudahkan tugas jurulatih baru  Fandi Ahmed. Selepas perlawanan pertengahan minggu menentang Johor, Fandi berkata pasukannya ” pasukannya sudah matang” dan ” mereka tidak pernah berputus asa . ” Dengan keyakinan itu dan peluang mendominasi  aksi selaku tuan rumah, Ahmed amat yakin bahawa pasukannya boleh membuat kejutan dalam pertandingan ini dan boleh melangkah ke hadapan dalam musim ini, sesama seperti beliau berjaya memenangi Piala Fa dengan Johor pada musim lepas.

Pemain Khairul Amri menjadi harapan pasukan LionXII untuk menjaringkan gol, dimana beliau telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir. Manakala Faris Ramli bersedia mengalas tugas penting dalam menjayakan matlamat pasukan . Isa Halim yang  menjadi pemain gantian dalam perlawanan Selasa lepas, mungkin mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan bermula . Walau bagaimanapun Shakir Hamzah mungkin tidak diturunkan kerana kecederaan dan tempatnya  diambil alih oleh Hafiz Sujad .
Bagi Pahang pula, mereka bermula dengan aksi hambar pada awal musim ini, dengan kekalahan berturut-turut di tangan Sime Darby dan Selangor. Dalam perlawanan tersebut TokGajah tidak dapat mengunakan khidmat penyerang baru Dickson Nwakaeme  dan dia sekali lagi tidak dapat diturunkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring. Jurulatih Ron Smith memberitahu Star ” Saya tidak mahu terburu buru mendapatkan sentuhan Dickson dan tidak akan menurunkannya dalam beberapa lagi perlawanan. Dia memerlukan masa untuk pulih dan saya tidak mahu kecederaan beliau berulang . “
Kebimbangan utama untuk Smith adalah ketandusan jaringan, dengan pasukannya tidak dapat menjaringkan gol dalam dua perlawanan lalu.

Walaupun Dickson tidak berada dalam pasukan , pemain lain seperti Matias Conti, Akil Azamuddin , Gopinathan dan Surendran diharap telah bersedia untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol.

Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada jam 7:30 petang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH