Mat Yo kecewa gagal sumbat penalti

March 10, 2019

Oleh : Shahrulanoor Ishak

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh mendedahkan penyerang pasukannya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kecewa apabila gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super malam kelmarin.

Menurut Dollah, beliau dan pemain pasukannya tidak akan menyalahkan bekas pemain kebangsaan itu sekiranya skuad Tok Gajah tewas atau seri pada pertemuan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu kelmarin.

Menurut Dollah, beliau dan pemain pasukannya tidak akan menyalahkan bekas pemain kebangsaan itu sekiranya skuad Tok Gajah tewas atau seri pada pertemuan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu kelmarin.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan dilihat buntu mendapatkan jaringan sebelum pemain gantian, Muhamad Zuhair Mohd. Nazari meledakkan gol kemenangan Pahang pada minit ke-85 selepas lima minit masuk menggantikan tonggak tengah, Mohamadou Sumareh.

“Mat Yo datang kepada saya selepas perlawanan dan beritahu dia amat kecewa kerana gagal menjaringkan gol penalti itu. Sebenarnya walau apa pun yang berlaku, kami tidak akan menyalahkan dia,” ujar Dollah selepas kemenangan tipis 1-0 Pahang ke atas Kedah.

Jelas Dollah, sikap tidak putus asa Mat Yo yang mahu menebus kegagalannya menyempurnakan penalti tersebut, berjaya memberi impak positif buat Pahang, sekali gus membantu mereka mencipta beberapa peluang terbaik yang gagal dimanfaatkan dengan cemerlang.

“Saya lihat, Mat Yo tetap terus berusaha mencipta peluang buat pasukan, namun pemain masih gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama sehinggalah selepas Ijat (Zuhair) masuk menggantikan Sumareh,” tambahnya.

Mengulas prestasi dipamerkan Zuhair, bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, jaringan daripada pemain berusia 23 tahun tersebut benar-benar memberi kelegaan buat mereka yang agak tertekan dengan tentangan yang diberikan oleh pemain Kedah.

Artikel asal : http://www.kosmo.com.my/sukan/mat-yo-kecewa-gagal-sumbat-penalti-1.857459


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN