Match Preview : Kuala Lumpur vs Pahang (MSL)

February 1, 2019
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
1st February 2019
Day : Friday
Time : 9.00 pm
Home Team : Kuala Lumpur
Away Team : Pahang
Venue : KLFA Stadium, CHERAS
Live : Iflix

Injured
NONE

Suspended
NONE

Yellow Card :
[2xYellows]
NONE

[1xYellow]
NONE

Barisan serangan siapa lebih kuat? Perlawanan malam ini adalah medan pertemuan dua rangkaian barisan serangan untuk kedua-dua pasukan.

Kuala Lumpur mempunyai Guilherme de Paula yang menjaringkan 25 gol dalam semua pertandingan musim lepas dan menambah seorang lagi penyerang prolifik dari Belanda yang musim lalu beraksi di Liga Indonesia dengan pasukan Bali United iaitu Sylvano Comvalius.

Comvalius membuktikan beliau sememangnya perlu menjadi perhatian pertahanan Pahang kerana musim lalu beliau mencetak 37 gol dari 34 perlawanan untuk Bali United.

Pahang pula kembali menandatangani penyerang kesukaan peminat mereka pada musim 2014-2015 iaitu Dickson Nwakaeme yang sememangnya digeruni lawan pada ketika itu.

Gandingan Nwakaeme dan Zer Erduardo dari Brazil ditambah bantuan serangan dari rangkaian pemain tengah dan sayap seperti Norazam Azih, Safuwan Baharuddin, Sadhil Ramdani dan juga Mohamadou Sumareh pasti mmeningkan barisan pertahanan Kuala Lumpur.

Pertahanan masalah utama KL? Kelemahan pertahanan adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian pasukan kendalian Yusri Che Lah ini.

Kuala Lumpur pada musim lepas merekodkan jumlah bolos paling banyak iaitu dengan 48 gol dan itu perlu diperbaiki Yusri dengan segera.

Kecederaan Achmad Jufriyanto dan Khair Jones ditambah kehilangan Syazwan Andik yang berhijrah ke JDT pasti menambah senarai masalah yang perlu diselesaikan Yusri.

Namun, bagi Pahang sesuatu yang perlu dibimbangi ialah kegagalan untuk menang di venue Kuala Lumpur sejak 8 tahun lalu dengan kemenangan terakhir ialah pada tahun 2011 semasa pertandingan Piala FA

Pertemuan sebelum ini? Pada musim 2018, Pahang dan Kuala Lumpur seri dalam aksi di Cheras tetapi Pahang kemdiannya tiada masalah untuk membelasah KL di Kuantan dengan keputusan 4-0.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pra Musim : Kuala Lumpur 4-1 Young Lions (Singapura)
Pra Musim : Pahang 7-1 Pahang U21

1st February 2019

Terengganu 1-1 PKNS FC

2nd February 2019

Johor DT vs Perak
PKNP FC vs Kedah
Melaka United vs PJ City FC

3rd February 2019

Selangor vs Felda United


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN