Match Preview : Pahang vs Johor DT (MSL)

April 28, 2019
  • Match Detail
  • Tickets Info
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
28th April 2019
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Johor DT
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : TV9 dan Iflix https://m.iflix.com

Injured
1. Safuwan Baharuddin
2. Dickson Nwakaeme

Suspended
1. Norazam Azih

Yellow Card :
[2xYellows]
1. Mohamadou Sumareh

[1xYellow]
1. Wan Zaharulnizam
2. Afif Amiruddin
3. Nor Azam Azih
4. Faisal Halim
5. Mathew Davies
6. Safuwan Baharuddin
7. Saddil Ramdani

Pertembungan ‘Top of Table’? Ini merupakan pertemuan yang dinanti-nantikan oleh peminat tempatan apabila dua pasukan tempat teratas liga bertembung buat kali pertama.

Lebih menarik kedua-dua pasukan masih belum tewas dalam Liga Super dan keputusan pada malam ini pasti akan menjadi turning point kepada ‘drama’ yang akan berlaku sepanjang musim.

Dengan melihat kepada kedudukan carta liga yang kini dilihat hanya Pahang mampu menghalang JDT daripada menjuarai Liga buat kali ke 6, perlawanan pada malam ini pasti akan menjadi tumpuan.

Posisi tengah dalam masalah? Ketiadaan Norazam Azih yang digantung satu perlawanan kerana kad merah ketika menentang Perak di Ipoh pasti dirasai.

Memburukkan lagi keadaan ialah berita Safuwan Baharuddin yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan ketiadaan beliau pasti menambah pening Dollah Salleh dalam merencanakan taktikal yang berkesan.

Wan Zaharulnizam pasti diberi tugas menggantikan Azam seperti ketika beberapa perlawanan terdahulu namun pengganti Safuwan masih lagi jadi tekak teki.

Jentera serangan yang padu? Umum mengetahui pasukan Johor DT merupakan pasukan yang serba serbi lengkap.

Bukan sahaja kesebelasan utama, barisan pemain simpanan juga sudah mampu memberi saingan kepada pasukan lawan jika dimasukkan.

Menjaringkan 24 gol sehingga kini dalam saingan liga sudah cukup menggerunkan dengan gabungan dua pemain import mereka iaitu Diogo dan Cabrera sudah menyumbang separuh dari itu.

Selain itu, kelibat Safawi Rasid juga perlu diberi perhatian kerana dilihat berada di kemuncak prestasi setelah berjaya menjaringkan beberapa gol dalam beberapa perlawanan musim ini termasuk ketika beraksi di skuad kebangsaan.

Pertemuan sebelum ini? Bagi musim lepas, kedua-dua pasukan bertemu di semua saingan Liga Malaysia bermakna sebanyak 6 kali pertemuan.

Johor DT lebih mendominasi pertemuan apabila mencatat 3 kemenangan berbanding Pahang hanya satu manakala 2 lagi petemuan berakhir dengan keputusan seri.

Kemenangan Johor DT adalah di dalam dua perlawanan Liga Super dan satu lagi semasa suku akhir Piala Malaysia.

Manakala Pahang menang ketika menyingkirkan Johor DT dalam saingan suku akhir Piala FA di Larkin hasil jaringan hatrik Cruz.

Keputusan perlawanan sebelum?

Super League 2019 : Pahang 1-0 Perak
Super League 2019 : Johor DT 3-1 PKNS FC

26th April 2019

Felda United vs Melaka United
Kedah vs Selangor

27th April 2019

PKNP FC vs Perak
Petaling Jaya City FC vs Terengganu FC
PKNS FC vs Kuala Lumpur



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN