Match Preview : Pahang vs Kedah (MSL)

March 8, 2019
  • Match Detail
  • Tickets Info
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
8th March 2019
Day : Friday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Kedah
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix https://m.iflix.com

Injured
1. Muslim Ahmad
2. Dickson Nwakaeme
3. R Kogileswaren

Suspended
1. Ze Love

Yellow Card :
[2xYellows]
1. Dickson Nwakaeme

[1xYellow]
1. Mohamadou Sumareh
2. Wan Zaharulnizam
3. Afif Amiruddin
4. Nor Azam Azih
5. Faisal Halim

Misi teruskan rentak? Kemenangan ke atas PKNP di Manjung dengan jumlah jaringan yang besar boleh dikira satu tonik semangat kepada anak-anak buah Dollah Salleh untuk terus mencabar liga.

Bertemu dengan pasukan di tangga ketiga iaitu Kedah pasti satu perlawanan yang getir setelah melihat kepada keutuhan pertahanan mereka yang hanya dibolosi dengan satu gol sahaja setelah 5 perlawanan berlangsung.

Ketiadaan pertahanan import mereka Renan Alves yang digantung perlawanan dek kerana menerima kad merah di Alor Setar semasa menentang PKNS FC pasti akan memeberi sedikit kelebihan kepada tuan rumah.

Pincang tanpa Ze Love? Penyerang Pahang dari Brazil ini tidak dapat diturunkan pada Jumaat ini kerana sudah mengumpul 3 kad kuning keseluruhan.

Beliau yang beraksi cemerlang di Manjung dengan menjaringkan satu gol seawal minit ke 2 dan juga mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol pasti dirindui aksinya.

Dengan status kecergasan Dickson Nwakaeme masih lagi menjadi tanda tanya, Norshahrul Idlan Talha pasti menjadi pilihan setelah bermain baik untuk dua perlawanan sebelumnya dan beliau dilihat semakin serasi dengan corak permainan Dickson dan Ze Love setelah 5 perlawanan berlangsung.

Prestasi sebenar belum diuji? Walaupun Kedah kini menduduki tangga ketiga liga dan unggul dengan jumlah bolos yang paling sedikit, itu bukanlah ukuran sebenar prestasi mereka.

Mereka menang 3 perlawanan ketika bertemu pasukan di pertengahan liga iaitu Felda United, PJ City FC dan juga PKNP FC sebaliknya ketika menentang pasukan yang mencabar kejuaraan seperti Perak dan PKNS FC, Kedah hanya sekadar mencatat keputusan seri.

Namun, sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng ialah kehadiran bekas Ketua Jurulatih Home United, Aidil Sharin yang dilihat berjaya menukar corak permainan Kedah tidak seperti sebelum ini.

Beliau juga berjaya membawa masuk beberapa pemain import yang mantap seperti Jonathan Bauman dari Persib Bandung, Fernando Rodriguez (Mitra Kukar) serta pemain kebangsaan Singapura Syakir Hamzah.

Pertemuan sebelum ini? Sepanjang musim 2018, kedua-dua pasukan bertemu sebanyak 3 kali.

2 Perlawanan adalah ketika dalam saingan Liga Super dengan kedua-dua pasukan seri 2-2 di Kuantan manakala semasa di Alor Setar, Kedah menang 2-0 melalui jaringan Liridon Krasniqi dan Baddrol Bakhtiar.

Satu lagi perlawanan adalah semasa pusingan ketiga Piala FA yang dimenangi Pahang hasil jaringan tunggal Mohamadou Sumareh seterusnya menyingkirkan Kedah yang ketika itu adalah Juara bertahan.

Keputusan perlawanan sebelum?

MSL 2019 : PKNP FC 0-3 Pahang
MSL 2019 : Kedah 0-0 PKNS FC

9th March 2019

Perak vs PJ City FC
PKNS FC vs Felda United
Johor DT vs PKNP FC
Terengganu FC vs Melaka United

10th March 2019

Kuala Lumpur vs Selangor



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN