Match Preview : Pahang vs PJ City FC (MSL)

April 7, 2019
  • Match Detail
  • Tickets Info
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
7th April 2019
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : PJ City FC
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix https://m.iflix.com

Injured
1. R Kogileswaren
2. Norazam Azih

Suspended
NONE

Yellow Card :
[2xYellows]
NONE

[1xYellow]
1. Mohamadou Sumareh
2. Wan Zaharulnizam
3. Afif Amiruddin
4. Nor Azam Azih
5. Faisal Halim
6. Mathew Davies

Tiada Dollah, Tiada Dickson? Pahang berkemungkinan bakal kehilangan dua ikon penting bagi pasukan dalam perlawanan pada malam ini.

Dengan Dollah Salleh sudah sah tidak bersama pasukan kerana mengikuti
Lesen Diploma Profesional AFC yang dijalankan di Kuala Lumpur tugas Ketua Jurulatih akan dipangku oleh pembantunya Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Tugas ini bukanlah asing bagi Ahmad Shaharuddin kerana beliau pernah menjadi Ketua Jurulatih ketika musim 2016 sebelum ini.

Dickson Nwakaeme pula baru sahaja tiba ke Malaysia kerana diberi kebenaran untuk pulang ke Nigeria atas urusan menyelesaikan masalah keluarganya dan tidak bersama pasukan sejak dua minggu yang lalu.

Sekali lagi gandingan MatYo – Ze Love? Ini mungkin akan menyaksikan sekali lagi gandingan Norshahrul dan Ze Love akan dipertaruhkan setelah cemerlang dalam 2 perlawanan kebelakang setelah ketiadaan Nwakaeme.

Statistik membuktikan keberkesanan gandingan ini setelah 7 gol berjaya dihasilkan dalam 2 perlawanan dengan 3 gol adalah dari mereka berdua.

Tidak boleh dipandang rendah? Walaupun pasukan PJ City boleh dikatakan pendatang baru di Liga Super, keupayaan mereka tidaklah boleh dipandang rendah.

Keupayaan mereka menundukkan PKNS FC pada perlawanan Liga Super pada sebelum ini juga mengejutkan kerana PKNS FC bukanlah calang-calang pasukan.

PJ City pasti akan menagih pengalaman bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali serta penyerang Brazil Pedro Henrique yang kini mula menunjukkan taring setelah menjaringkan dua gol semasa menentang UiTM FC Rabu lalu.

Pertemuan sebelum ini? Sepanjang Liga Malaysia berlangsung, kedua-dua pasukan hanya bertemu sekali ketika Piala FA 2015 itupun ketika Petaling Jaya FC masih dikenali sebagai pasukan MIFA-MISC FC.

Pada perlawanan tersebut yang dilangsungkan di Darul Makmur, Pahang menang dengan keputusan 2-1 hasil jaringan R Gopinathan dan Fauzi Rozlan.

Keputusan perlawanan sebelum?

Shopee Piala FA 2019 : Pahang 4-0 PIB FC
Shopee Piala FA 2019 : UiTM FC 0-2 Petaling Jaya FC

5th April 2019

Johor DT vs Felda United

6th April 2019

Kuala Lumpur vs Kedah
Terengganu FC vs PKNP FC
Melaka United vs Selangor

7th April 2019

Perak vs PKNS FC



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH