Match Preview : Pahang vs Selangor (MSL)

February 24, 2019
  • Match Detail
  • Last Meeting
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
24th February 2019
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : Pahang
Away Team : Selangor
Venue : Darul Makmur Stadium, KUANTAN
Live : Iflix https://m.iflix.com

Injured
NONE

Suspended
1. Norazam Azih

Yellow Card :
[2xYellows]
1. Safuwan Baharuddin
2. Dickson Nwakaeme

[1xYellow]
1. Mohamadou Sumareh
2. Jose Eduardo

Siapa perancang tengah? Dengan ketiadaan Azam di bahagian tengah yang digantung satu perlawanan gara-gara layangan kad kuning kedua di Melaka tempoh hari tidak sebanyak akan merencatkan jentera tengah Pahang.

Walaupun begitu, Dollah Salleh pasti akan mempunyai ramuan beliau yang tersendiri untuk mencari pengganti Azam yang mana beberapa pemain seperti Wan Zaharulnizam, Salamon Raj dan Nik Sharif Haseefy boleh diturunkan.

Semasa perlawanan di Melaka, barisan penyerang Pahang dilihat gagal menyerlah seolah-olah sudah dibaca oleh pasukan lawan dan diharap pada perlawanan ini perkara sebaliknya akan berlaku.

Dengan bermain di hadapan penonton sendiri, para pemain pasti akan lebih bersemangat seperti ketika bermain semasa menentang Terengganu FC yang mereka menang dengan keputusan 3-0.

Prestasi terumbang ambing? Dengan hanya mendapat 2 mata dalam 3 perlawanan dan lebih perit tewas 0-4 pada pasukan ‘adik’ di Shah Alam pasti merisaukan Ketua Jurulatih Selangor, B Sathinatahan.

Tidak hairanlah mereka melakukan perubahan drastik di jendela akhir perpindahan apabila menukar penyerang import mereka Antonio German kepada bekas penyerang Kedah Sandro Da Silva selain menandatangani Khyril Muhymeen dari Perlis dan Fandi Othman dari PKNS FC.

Namun, hanya Sandro yang masih belum pasti diturunkan kerana baru tiba di Malaysia dan belum lagi turun dalam latihan bersama rakan sepasukannya.

Selain bahagian penyerang, Sathinathan juga perlu memikirkan masalah di bahagian pertahanan setelah mereka bolos sebanyak 4 gol berikutan ketiadaan Taylor Regan dalam perlawanan sebelum.

Pertemuan sebelum ini? 5 pertemuan antara dua pasukan ini berlaku pada tahun 2018 termasuk perlawanan akhir Piala FA yang dimenangi oleh Pahang dengan keputusan 2-0.

Dalam saingan Liga Super Pahang berjaya menewaskan Selangor 3-1 di Cheras tetapi hanya mampu berkongsi mata di Kuantan.

Semasa Piala Malaysia, masing-masing menang di arena lawan masing-masing apabila Pahang menang 2-0 di Shah Alam tetapi tewas di Kuantan dengan keputusan 1-3.

Keputusan perlawanan sebelum?

MSL 2019 : Selangor 0-4 PKNS FC
MSL 2019 : Melaka United 1-1 Pahang

22th February 2019

Johor DT vs Melaka United
Kuala Lumpur vs Terengganu FC
PJ City FC vs Kedah

23th February 2019

PKNS FC vs PKNP FC
Perak vs Felda United



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS18)
Super League
Shah Alam Stadium, SHAH ALAM

(S2FA)
Shopee FA Cup
Perak Stadium, IPOH