Match Preview : PKNP FC vs Pahang (MSL)

March 1, 2019
  • Match Detail
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
2nd March 2019
Day : Saturday
Time : 9.00 pm
Home Team : PKNP FC
Away Team : Pahang
Venue : Manjung Municipal Council Stadium, MANJUNG
Live : Iflix https://m.iflix.com

Injured
1. Muslim Ahmad

Suspended
1. Herold Goulon
2. Safuwan Baharuddin

Yellow Card :
[2xYellows]
1. Dickson Nwakaeme
2. Jose Eduardo

[1xYellow]
1. Mohamadou Sumareh
2. Wan Zaharulnizam

Impak hilang 3 tonggak? Pahang bakal berkunjung ke Manjung tanpa 3 tonggak penting setelah 2 daripadanya digantung manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Lebih perit dua daripadanya adalah di posisi pertahanan tengah iaitu Herold Garold dan juga Muslim Ahmad.

Pada perlawanan menentang Selangor Ahad lepas, Herold menerima kad kuning kedua manakala Muslim dikeluarkan di babak pertama kerana mengalami hamstring.

Safuwan pula digantung kerana sudah menerima 3 kad kuning terkumpul dan ini menambah pening Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh.

Tetapi Pahang boleh menarik nafas lega kerana pemain tengah Norazam Azih kembali dari penggantungan dan dijangka tiada masalah untuk diturunkan.

Perlu membuktikan sesuatu? Prestasi pemain import dari Brazil Ze Love kini menjadi perhatian setelah masih gagal menemui sentuhan gol setelah 4 perlawanan berlangsung.

Dollah cuba menggandingkan beliau bersama Norshahrul dengan merehatkan Dickson Nwakaeme semasa perlawanan bertemu Selangor tetapi masih gagal memberi impak.

Perlawanan menentang PKNP adalah medan terbaik bagi pemain ini setelah melihat kepada prestasi pertahanan PKNP yang kurang baik apabila melepaskan bilangan gol antara yang tertinggi di Liga Super pada ketika ini.

Memburu kemenangan pertama? PKNP masih gagal mencari kemenangan yang pertama setelah 4 perlawanan diharungi.

Dengan rekod 3 kekalahan dan 1 seri pasti bukan sesuatu prestasi yang baik bagi pasukan kendalian Abu Bakar Fadzim ini.

Walaupun sudah mula mendapat sokongan yang luar biasa dengan penduduk-penduduk di Manjung, namun itu belum cukup bagi mereka setalah kedua-dua perlawanan di Manjung berakhir dengan kekalahan.

Pertemuan sebelum ini? Pahang bertemu sebanyak 6 kali dengan PKNP pada musim lalu.

2 Perlawanan di Liga Super, 2 Perlawanan di peringkat separuh akhir Piala FA manakal baki 2 lagi dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Walaupun Pahang tidak kalah dalam kesemua perlawanan tersebut namun mereka hanya mampu mencatat 3 kemenangan manakala selebihnya berakhir dengan keputusan seri.

Keputusan perlawanan sebelum?

MSL 2019 : PKNS FC 1-0 PKNP FC
MSL 2019 : Pahang 1-1 Selangor

1st March 2019

Selangor vs Johor DT
Terengganu FC vs Perak

2nd March 2019

Kedah vs PKNS FC
Felda United vs PJ City FC

3rd March 2019

Melaka United vs Kuala Lumpur



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS18)
Super League
Shah Alam Stadium, SHAH ALAM

(S2FA)
Shopee FA Cup
Perak Stadium, IPOH