Match Preview : PKNS FC vs Pahang (MSL)

April 14, 2019
  • Match Detail
  • Tickets Info
  • Player Status
  • Summary
  • Others Match

Tournament : Unifi Malaysia Super League 2019
Date :
14th April 2019
Day : Sunday
Time : 9.00 pm
Home Team : PKNS FC
Away Team : Pahang
Venue : Shah Alam Stadium, SHAH ALAM
Live : TV9 and Iflix https://m.iflix.com

Injured
1. R Kogileswaren

Suspended
NONE

Yellow Card :
[2xYellows]
1. Wan Zaharulnizam

[1xYellow]
1. Mohamadou Sumareh
2. Afif Amiruddin
3. Nor Azam Azih
4. Faisal Halim
5. Mathew Davies
6. Muslim Ahmad
7. Dickson Nwakaeme
8. Herold Goulon

Perlu Serius? Dollah Salleh dalam sidang medianya selepas perlawanan menentang PJ City di Kuantan ‘menegur’ pemainnya agar lebih serius jika mahu terus memberi saingan kepada Johor DT dalam perebutan kejuaraan Liga.

Beliau mahu pemainnya lebih fokus dan memanfaatkan peluang yang ada agar memastikan kemenangan dicapai di penghujung perlawanan.

Kegagalan menjaringkan gol serta leka ketika bertahan menyebabkan Safee Sali berjaya menghukum dengan gol pantas tatkala Pahang asyik menyerang perlu dijadikan pengajaran berguna kepada Pahang.

Penyudah perlu ditajamkan? Perlawanan pada malam ini pasti akan menguji kekuatan penyerang pahang berikutan PKNS FC adalah antara pasukan yang merekodkan bolos terendah pada ketika ini.

Seperti Pahang, pasukan yang digelar Semut Merah ini antara 3 pasukan yang hanya bolos 5 gol bersama-sama satu lagi pasukan iaitu Kedah.

Nwakaeme hampir pasti kembali ke kesebelasan utama setelah hanya masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan Sabtu lepas dan bisanya sangat-sangat ditagih setelah seolah-olah terhenti seketika selepas menjaringkan 4 gol pada awal musim.

Cuma rakan gandingan beliau masih jadi tanda tanya samaada Ze Love atau Norshahrul menjadi pilihan dan mungkin juga kedua-dua tetap diturunkan.

Aura King Raja? Umum mengetahui apa yang mampu dibawak oleh bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan ini jika mengendali pasukan.

Setelah 2 musim menjadi Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal seolah-olah sudah mempunyai rentak dan resepi yang sesuai buat pasukan ini.

Melihat kepada rekod ketika ini, PKNS merekodkan 3 kemenangan, 3 seri dan 2 kekalahan dan menduduki tempat ke lima liga dan ini tidak boleh dipandang enteng.

Kekalahan yang dialami pun hanyalah kekalahan tipis dimana mereka tewas 0-1 di kedua-dua perlawanan iaitu ketika menentang Melaka United dan PJ City FC.

Awasi jentera serangan? Apa yang perlu diberi perhatian oleh pertahanan Pahang ialah kelibat antara penjaring prolifik Liga Premier pada musim lepas iaiatu Kpah Sherman.

Penyerang kelahiran Liberia itu menjaringkan 14 gol pada musim lepas ketika mewakili Mifa FC dan kini sudah mula menemui sentuhannya apabila sudah menjaringkan 3 gol dari 6 perlawanan yang beliau mengisi kesebelasan utama.

Selain itu, bekas pemain Pahang iaitu Chan Vathanaka pasti diberi tumpuan apabila akan beraksi menentang pasukan lamanya dan beliau juga sudah menjaringkan 2 gol dalam liga berbanding tiada gol langsung ketika mewakili Pahang.

Pertemuan sebelum ini? Sudah 18 kali kedua-dua pasukan ini bertemu dari tahun 2006 dengan Pahang lebih mendominasi dengan 11 kemenangan manakala 2 kali kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri.

Pada musim lepas, Pahang dikejutkan dengan gol kemenangan saat akhir oleh Safee Sali di Shah Alam dalam perlawanan kedua liga.

Manakala ketika di Kuantan, Pahang berjaya membalas dendam kekalahan itu apabila menang dengan jaringan tunggal Issey Nakajima.

Keputusan perlawanan sebelum?

Super League 2019 : Pahang 1-1 Petaling Jaya City FC
Super League 2019 : Perak 2-2 PKNS FC

12th April 2019

Selangor vs Perak
Kedah vs Terengganu FC

13th April 2019

PKNP FC vs Melaka United
Felda United vs Kuala Lumpur
PJ City FC vs Johor DT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN