Matthew dan Dinesh jadi pilihan Bernhardt

February 1, 2017

Dua pemain Pahang menjadi pilihan Ketua Jurulatih bawah 22 tahun Harimau Malaysia, Frank Bernhardt bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan Vietnam bawah 22 tahun yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Ketua pasukan yang juga pemain pertahanan, Matthew Davies bersama pertahanan kiri R Dinesh telah melaporkan diri untuk sesi latihan pusat yang sudah bermula Isnin lepas dan kini mereka diberi pelepasan untuk membantu pasukan masing-masing menghadapi perlawanan ketiga pasukan masing-masing pada hari Sabtu.

FB IMG 1485970792017

Kedua-dua pemain ini kemudiannya akan kembali melaporkan diri ke skuad Bernhardt pada hari Ahad sebelum mengambil penerbangan pada sebelah petangnya ke Bandar Ho Chi Minh untuk menyertai rakan sepasukan yang lain.

Pasukan Bawah 22 tahun negara dijadualkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Bawah 22 tahun Vietnam pada hari Selasa, 7 Februari di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi Sukan SEA ke 29 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Seramai 18 pemain dipanggil Bernhardt untuk perlawanan persahabatan ini dengan 6 pemain diletakkan dalam status siap sedia jika pemain yang dipanggil mengalami kecederaan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features