Matthew dan Norshahrul cemerlang di Colombo, Sumareh lakukan penampilan pertama.

October 13, 2018

Tiga pemain Pahang yang dipanggil ke kem pasukan negara beraksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan kelas A menentang Sri Lanka di Colombo semalam dengan pasukan Harimau Malaya menang menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 4-1.

Dua pemain iaitu Matthew Davies dan Norshahrul Idlan Talha menjadi pilihan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mengisi kesebelasan utama dengan seorang lagi pemain Pahang, Mohamadou Sumareh hanya beraksi di separuh masa kedua.

Sumareh yang menjadi perhatian kerana menjadi pemain pertama naturalisasi negara setelah menjadi warganegara Malaysia sejak awal tahun ini tidak menghampakan apabila kemasukannya nyata menukar rentak permainan pasukan Harimau Malaya.

Sumareh juga menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini pada masa kecederaan separuh masa kedua dan juga terlibat dalam gol ketiga yang menyebabkan pemain lawan menjaringkan gol sendiri.

Norshahrul pula tampil sebagai penjaring gol pernyamaan di separuh masa kedua setelah Malaysia ketinggalan pada babak pertama melalui jaringan pemain berusia 18 tahun Sri Lanka, Asela Madushan.

Apa yang menarik gol Norshahrul adalah hasil kombinasi tiga pemain Pahang ini yang bermula dengan Sumareh diakhiri oleh  Norshahrul yang menghukum kesilapan penjaga gol tuan rumah yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang dari Matthew.

Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan seterusnya menentang Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Selasa ini sebagai persediaaan menghadapi Piala Suzuki AFF yang dijadual berlangsung pada November ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…