Matyo sedang mendahului! Ayuh mengundi!

December 9, 2018

Dua pemain Pahang yang kini beraksi dengan Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2018, Norshahrul Idlan Talha atau Matyo serta Mohamadou Sumareh dicalonkan antara 4 pemain terbaik untuk aksi separuh akhir bersaing dengan dua lagi pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai dan Doan Van Hau dalam undian yang dijalankan oleh laman web rasmi kejohanan.

BANGKOK-THAILAND- Match photo during AFF Suzuki Cup 2018 Semi Final Rounds between Thailand vs Malaysia at the Rajamangala Stadium on December 5, 2018. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Matyo yang cemerlang membantu Malaysia dalam perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok apabila gol penyamaannya pada minit ke 71′ memadam gol kedua jaringan Pansa Hemviboon sebelum itu untuk mengikat Thailand sekaligus memberi kelebihan jaringan tempat lawan buat Malaysia.

BANGKOK-THAILAND- Match photo during AFF Suzuki Cup 2018 Semi Final Rounds between Thailand vs Malaysia at the Rajamangala Stadium on December 5, 2018. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Sumareh pula walaupun masih buntu menjaringkan gol dalam pertandingan ini bertindak cemerlang untuk sentiasa memberi masalah kepada pertahanan Thailand walaupun baharu sahaja menyertai pasukan setelah menjadi pemain naturalisasi pertama negara sejak Oktober lalu.

Sehingga jam 5 petang ini, Matyo sedang mendahului  apabila memperolehi 40.78% undian disaing hebat oleh penyerang muda Vietnam Nguyen Quang Hai yang memperolehi 33.9% undi.

Undian boleh dilakukan di laman web rasmi kejohanan atau di pautan ini https://www.affsuzukicup.com/2018/news/117-general/1362-vote-semi-finals-player-of-the-round.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…




  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…




  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…




  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…




  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…