Menang tapi Dollah terkilan

February 6, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Di sebalik kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam tadi, perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan pengendali Pahang, Dollah Salleh dengan persembahan keseluruhan skuad itu.

Jelas bekas jurulatih kebangsaan, barisan pemainnya tidak berupaya memberi tekanan berterusan ke atas lawan selepas membuka jaringan pada minit ke-24. Katanya, gol tunggal itu dilihat seolah-olah tidak mampu memberi suntikan semangat, sebaliknya aksi kurang memberangsangkan dipamerkan anak buahnya sepanjang baki permainan.

“Saya pun tidak tahu kenapa apabila menjaringkan gol pendahuluan, mereka gagal mengekalkan corak permainan menarik kerana ia hanya berlaku selama 25 minit dan selepas itu tiada lagi persembahan meyakinkan.

“Sepatutnya pemain dapat menambah lagi jaringan untuk mengukuhkan kedudukan, sebaliknya mereka gagal melaksanakannya.

“Apapun, keputusan muktamad dengan meraih tiga mata berharga di tempat lawan tetap menggembirakan saya,” katanya kepada BH Online, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, jaringan penyerang import dari Amerika Syarikat, Chinedu Dike membantu skuad Tok Gajah meraih tiga mata, sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super dengan himpunan tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Sebelum ini Pahang mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perak, diikuti kemenangan 5-0 ke atas T-Team.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…