Misi final Tok Gajah

July 24, 2019

Oleh : Asrol Awang

SKUAD Pahang tidak mahu terjerat dan memandang mudah perlawanan perlu dihadapi dalam kempen Kumpulan C saingan Piala Malaysia musim ini.

Sebaliknya, skuad Tok Gajah percaya tiga lawan iaitu Perak dan dua pasukan Liga Perdana, Sabah dan Pulau Pinang bakal memberi saingan sukar.

Bertemu juara bertahan, Perak, Sabah yang baru dinobatkan juara liga dan Pulau Pinang memerlukan disiplin tinggi diterapkan skuad Pahang.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, segalanya memerlukan komitmen dan aksi konsisten dipersembahkan skuad itu.

“Memang kami diundi bersama dua pasukan dari Liga Perdana. Apapun, Pahang tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan.

“Sabah sudah pun membuktikan kemampuan muncul juara Liga Perdana manakala Pulau Pinang tampil dengan prestasi terbaik mereka.

“Sudah pasti fokus pemain adalah tidak terjerat dengan corak permainan lawan untuk memastikan misi ke pentas final musim ini menjadi kenyataan,” katanya.

Mengulas skuad The Bos Gaurus yang pasti dengan misi mempertahankan Piala Malaysia, Mohammed Suffian percaya dengan kemampuan skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Katanya, kejayaan muncul naib juara Liga Super dan beraksi konsisten di penghujung saingan liga memberi petanda positif.

“Dengan komitmen padu itu, Pahang akan memastikan kekecewaan mempertahankan Piala FA ditebus pada kempen Piala Malaysia,” katanya.

Artikel Asal : https://www.hmetro.com.my/arena/2019/07/478894/misi-final-tok-gajah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH