Misi takluk Larkin gagal

March 4, 2017

Misi Pahang untuk menamatkan rekod tanpa kalah JDT di Larkin tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada pasukan tuan rumah 2-3 dalam perlawanan yang penuh sengit malam semalam.

Dua pemain dari setiap pasukan iaitu Matheus Alves dan Hazwan Bakri masing-masing menjaringkan dua gol manakala gol kemenangan JDT dijaringkan oleh Syafiq Rahim untuk membuatkan Pahang mengalami kekalahan kedua musim ini manakala JDT terus melebarkan rekod kemenangan kepada kali tigaaa secara berturut-turut.

Dollah Salleh nampaknya masih mempercayai barisan yang sama ketika menang ke atas Melaka dan PKNS FC dengan Christie Jayaseelan membuat penampilan pertama di bangku simpanan.

Pahang mendahului JDT pada minit ke 14 setelah menghukum kesilapan Junior Eldstal apbila hantarannya dipintas oleh Norazam Azih yang kemudian melakukan lorongan cantik kepada Matheus yang tidak mempersia-siakan peluang menewaskan Izham Tarmizi.

5

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila JDT memperolehi sepakan penalti apabila pengadil mengatakan bola terkena tangan pemain pertahanan Pahang Afif Amiruddin ketika membuat benteng untuk sepakan percuma Syafiq Rahim.

Syafiq yang mengambil sepakan penalti itu walaubagaimanapun gagal menyempurnakan penalti tersebut apabila ditepis oleh Azraie namun Hazwan pantas menyambar bola muntah itu untuk memberi gol pernyamaan kepada JDT.

Hazwan kemudian menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke 36 setelah memanfaatkanhantaran Syafiq hasil gerakan bersama Guerra untuk menewaskan Azraie pada kedudukan yang hampir sama dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

8

Bersambung pada babak kedua, Pahang cuba bangkitdengan melancarkan serangan namun barisan pemain JDT masih kekal bertahan.

Sebaliknya, JDT yang berjaya melebarkan kedudukan melalui Ketua Pasukan mereka Syafiq Rahim yang menyambut hantaran ‘cut back’ Kunalan dari sebelah kiri gol Pahang,

Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang melancarkan serangan bertubi-tubi dan berjaya merapatkan kedudukan melalui sepakan percuma Alves yang terkena palang terlebih dahulu sebelum masuk melepasi garisan gol untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Perlawanan semakin hangat dengan kedua-dua pasukan melancarkan serangan silih berganti namun kedudukan masih kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan Zulkifli Ahmad.

Walaupun tewas, Pahang masih kekal di tangga teratas kerana Kedah masih belum beraksi manakala JDT mengukuhkan kedudukan di tempat ke 3 hanya ketinggalan 2 mata dibelakang Pahang dengan masih mempunyai baki satu perlawanan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN