Moh ke Temerloh!

January 26, 2018

Persatuan Bolesepak Negeri Pahang (PBNP) sebentar tadi mengumumkan Majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi Pasukan Pahang 2018 akan diadakan buat julung-julung kali di Temerloh.

Terkenal dengan jolokan bandar ikan patin, majlis yang dijadualkan diadakan pada hari Ahad, 28 Januari 2018 akan berlangsung di Dewan Tun Razak dan akan dihadiri oleh Presiden PBNP, YAM Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah serta barisan pengurusan PBNP.

Bermula jam 2.45 petang, peminat yang hadir juga akan dijamu dengan jamuan teh bersama YAM Presiden sebaik sahaja selesai majlis.

Tidak terhenti disitu, di Stadium Temerloh pada sebelah malamnya pula akan diadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan Liga Super Pahang menentang Pasukan Shahzan Muda yang akan beraksi di Liga FAM pada musim 2018.

Dengan terletaknya lokasi bandar Temerloh di tengah-tengah Pahang, majlis ini dihadiri bukan sahaja peminat dari Temerloh bahkan peminat-peminat dari daerah berdekatan seperti Bera, Maran, Bentong dan Raub juga dijangka boleh hadir untuk memeriahkan suasana.

Moh ke Temerloh!


Comments

  1. Temerlove - January 27, 2018 at 12:08 pm

    Jom turun .. koi orang Temerloh 🙂

    Reply
  2. AHMAD BIN HASAN - January 29, 2018 at 11:43 am

    Assalamualaikum,
    Tahniah Pengurusan PBNP kerana telah melakukan yang terbaik untuk negeri kesayangan kami ini..Diharap pasukan Pahang bermain baik dan konsisten sehingga akhir musim..Pasukan perlu ada unit research and development (R n D) dan menganalisa setiap permainan untuk membuat penambaikan bagi game seterusnya..Jurulatih perlu mempelbagaikan rentak dan taktik permainan agar tidak mudah dibaca atau dijangka oleh pihak lawan..musim lalu kita ghairah di awal musim namun kerana tiadanya R n D menyebabkan perlawanan-perlawanan terkemudian terlalu mudah dibaca oleh pihak lawan..Ayo Pahang rampas semua piala tahun ini..kita pernah melakukannya..hanya perlu ulanginya sahaja..Selamat Maju Jaya Pasukan Pahang FA..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features